| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Air Mineral Daripada Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM) Kepada Penjara Sungai Udang

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang mulai 23 Jun 2021 sehingga 06 Julai 2021, pada 30 Jun 2021 (Rabu), Institusi ini telah menerima sumbangan air mineral daripada Persatuan Bekas Pegawai Penjara (EXPOAM) Negeri Melaka. Sumbangan telah disampaikan oleh Pengerusi EXPOAM Negeri Melaka kepada TKP S.Gunasegaran a/l Shammugam (Pengarah Penjara Sungai Udang). Institusi ini mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan ini.