| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Vaksinasi Kakitangan Dan Keluarga Kakitangan Penjara Jajahan Kota Bharu

KOTA BHARU - Suatu Program Outreach Vaksinasi telah dianjurkan secara bersama iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan dan Penjara Negeri Kelantan. Bagi dos pertama dilaksanakan mulai 15 Jun 2021 hingga 21Jun 2021 dan manakala bagi dos kedua mulai 6 Julai 2021 hingga 12 Julai 2021.

Acara berlangsung di Dewan Tan Sri Murad, Penjara Pengkalan Chepa dan berlangsung secara berterusan selama 5 Hari yang melibatkan 670 kakitangan dan ahli keluarga yang menetap di Jajahan Kota Bharu.

Semoga usaha secara bersama diantara agensi ini dapat menangani serta memutuskan transmisi covid-19 di kalangan anggota serta keluarga Jabatan Penjara Negeri Kelantan.