| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Pemantauan TKJP Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Dan Koreksional) Ke Penjara Puncak Borneo

Pada 15 Julai 2021 (Khamis), Penjara Puncak Borneo telah menerima lawatan pemantauan daripada TKJP Dato' Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional). Turut mengiringi beliau KP Ahmad Faudzi bin Haji Awang, Pengarah Keselamatan & Inteligen, TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Puncak Borneo. Tujuan utama lawatan adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan keselamatan di Pusat Transit Penerimaan Penjara Puncak Borneo dan meninjau keadaan di blok utama yang terkesan disebabkan pandemik covid-19.