| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyertaan Pertandingan Silat Penghuni Sekolah Henry Gurney Keningau 2021

Pada 5 hingga 23 Julai 2021, seramai 4 orang penghuni telah mengikuti Cabaran Pencak Silat KPM secara dalam talian Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Keningau 2021. Pasukan silat SHG Keningau telah dipimpin oleh IP Sajideh bin Samin. Dalam pertandingan tersebut, bagi Kategori Seni Tempur Solo (Lelaki) , peserta SHG Keningau telah berjaya menjadi Johan dan Naib Johan. Bagi kategori Kategori Seni Tari Solo (Lelaki) peserta dari SHG Keningau juga berjaya menjadi Johan dan Naib Johan. Penyampaian pingat dan sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah SHG Keningau iaitu TPP Morry bin Mondon.