| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelancaran Program Semarakkan Jiwa Merdeka Anjuran ULIN & AKRAB Penjara Wanita Kota Kinabalu

27 Ogos 2021, Jumaat - Unit Latihan (ULIN) dan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Penjara Wanita Kinabalu telah bekerjasama menganjurkan program 'Pelancaran Semarakkan Jiwa Merdeka' sempena bulan kemerdekaan. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Kesumawati Binti Ilias, Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Pelancaran dimulakan dengan perarakan kereta dan motorsikal berhias mengelilingi Kompleks Penjara Negeri Sabah. Program ini diisi dengan aktiviti yang bersifat virtual dan disesuaikan dengan keadaan norma baharu mengikut SOP pandemik Covid-19. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah video rakaman Deklamasi Sajak, video rakaman Lagu Kemerdekaan, Pejabat Paling Ceria Bertemakan Kemerdekaan dan pertandingan Kereta Berhias. Matlamat utama program ini adalah bagi menyemarakkan semangat jiwa-jiwa kemerdekaan walaupun berada dalam keadaan norma baharu.