| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program 'Info On Wheel' Merdeka (IOW) Anjuran Penjara Seremban Bersama Jabatan Penerangan Daerah Seremban

Pada 8 September 2021 (Rabu) bertempat di Dataran Insaf, Penjara Seremban telah diadakan Program 'Info On Wheel' Merdeka (IOW) anjuran Penjara Seremban bersama Jabatan Penerangan Daerah Seremban sempena sambutan Hari Kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang. Program tersebut telah dirasmikan oleh KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan. Program turut dihadiri oleh Tuan Haji Shahnon bin Mohamad, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban dan PP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Program ini diadakan bertujuan menimbulkan kesedaran dan menerapkan nilai-nilai kemerdekaan serta menanamkan semangat cintakan negara kepada kakitangan dan penghuni Penjara Seremban.