| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Vaksinasi Banduan Pusat Koreksional Puncak Alam

Pada 04 September 2021 bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari telah dilaksanakan Program Vaksinasi Banduan Pusat Koreksional Puncak Alam. Program telah dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor dimana seramai 24 kakitangan KKM dan 11 anggota Pusat Koreksional Puncak Alam terlibat dalam menjayakan program tersebut. Seramai 204 orang banduan telah berjaya mendapatkan vaksin dos pertama didalam program tersebut. Tujuan program ini merupakan salah satu kaedah untuk kita mengawal pandemik ini dan ia antara cara yang terbaik untuk melindungi banduan dan kakitangan daripada COVID-19.