| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Bahan Bacaan Daripada 'Muslim Care Malaysia Society' Kepada Penghuni Penjara Di Negeri Pahang

Pada 20 September 2021 (Isnin), jam 12.00 tengahari pihak 'Muslim Care Malaysia Society', diketuai oleh Presidennya iaitu YHD Haji Zulkifli bin Wahijan bersama-sama rombongan 'Muslim Care Society Negeri Pahang' telah berkesempatan untuk hadir ke Bilik Mesyuarat Penjara Penor bagi penyampaian sumbangan buku motivasi dan keagamaan serta kain sembahyang kepada penghuni Penjara Negeri Pahang di dalam satu perjumpaan tidak rasmi bersama Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH KP Dato’ Ab. Basir bin Mohamed dan PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor.

Sebanyak kira-kira 1500 naskah buku serta 100 pasang Kain Sembahyang telah berjaya disumbangkan bagi projek ini. Pihak Penjara Negeri Pahang mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang disampaikan ini. Semoga program ini dapat dijadikan contoh kepada masyarakat luar sebagai satu tanggungjawab sosial kepada pihak penjara dan penghuni penjara.