| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran 'Food Bank' Penjara Penor & Gimik Penyerahan Sumbangan Daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA) Bagi Kakitangan Penjara Penor

Pada 23 September 2021 bertempat di Pasar Mini Kopeniaga 5 Penjara Penor telah diadakan Majlis Pelancaran 'Food Bank' Institusi dan Gimik Penyerahan Sumbangan daripada Persatuan Pegawai Penjara (POA) telah disempurnakan oleh PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor.

'Food Bank' Institusi telah menerima sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah sumbangan daripada POA yang telah memperuntukkan sebanyak RM1,000. POA sekali lagi telah menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM10,000 bagi bantuan kepada institusi yang telah terjejas teruk dengan penularan Covid-19. Pembelian alat pelindung diri (PPE) seperti 'Face Shield' dan juga keperluan makanan harian telah diedarkan dalam majlis pelancaran ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah PP Mohd Faizal bin Jidin, pegawai-pegawai kanan serta beberapa kakitangan bertugas.