| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Derma Darah Ibu Pejabat Penjara Malaysia

Pada 21 September 2021 (Selasa), Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) dengan kerjasama Majlis Sukan Penjara Malaysia (MSPM) dan Pusat Darah Negara (PDN) telah mengadakan Program Derma Darah bertempat di Ruang Legar Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Seramai 54 penderma yang terdiri dari warga kerja Kompleks Penjara Kajang berjaya menderma darah manakala 22 penderma tidak berjaya atas pelbagai faktor kesihatan. Walaupun tidak berjaya memenuhi sasaran PDN iaitu seramai 80 penderma namun ianya tetap dianggap berjaya memandangkan situasi semasa pada masa kini.Program ini turut diserikan dengan kehadiran TKJP Abd Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) dan TKP Anathurai a/l Kalimuthu selaku Yang DiPertua KIPP turut menderma pada hari tersebut.