| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Sumbangan Barang Bantuan Menangani Covid-19 Daripada 'Malaysian Medical Relief Society' (Mercy Malaysia) Kepada Penjara Penor

Pada 27 September 2021 (Isnin), Pengerusi 'Malaysian Medical Relief Society' (MERCY Malaysia) Cawangan Pahang iaitu Pn. Yanti binti Mohd Yasin telah hadir ke Penjara Penor bersama-sama ahli rombongan menyampaikan sumbangan barang bantuan seperti pelitup muka, 'Face Shield', sarung tangan, 'Hand Sanitizer' dan sebagainya bagi kegunaan kakitangan dalam menangani Covid-19 di institusi ini. Simbolik penyerahan sumbangan ini telah disampaikan kepada PKK Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Penor. Turut hadir bersama dalam majlis penyerahan ini ialah Timbalan Pengarah Pengarah Penjara Negeri Pahang iaitu PKK Charin Promwichit.