| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang Bersama Penjara Reman Pulau Pinang Serta Sumbangan Kilat Anggota Terkesan Banjir

Pada 23 September 2021 bertempat di Dewan Serbaguna Pejabat Pengarah Negeri Pulau Pinang telah diadakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020 bagi Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang bersama Penjara Reman Pulau Pinang serta Sumbangan Kilat kepada anggota terkesan banjir. Seramai (13) penerima pangkat dan (29) penerima APC telah menerima dalam majlis tersebut. Majlis disempurnakan oleh, YDH TKP Roslan Bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang bersama YDH PKP Jusoh Bin Ismail, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang. Antara tetamu jemputan pada majlis tersebut ialah YDH PKK Khairil Nizam Bin Anuar, Pengara Penjara Seberang Perai.