| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Negeri Sembilan Tahun 2021

Pada 09 Oktober 2021 (Sabtu), Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Penjara Seremban telah diadakan di Dataran Angsana Height, Penjara Seremban. Program ini telah dirasmikan oleh PKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Seremban. Seramai 200 orang yang terdiri daripada kakitangan Penjara Seremban dan ahli keluarga. Antara pengisian program yang dijalankan adalah acara senamrobik, program jalan 10000 langkah, perlawanan persahabatan bola jaring, bola tampar, petanque, flying fox dan juga acara mewarna bagi kanak-kanak. Objektif program ini diadakan adalah sebagai menyahut seruan kerajaan untuk menerapkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya warga Penjara Seremban. Turut hadir memeriahkan majlis adalah PP Zakaria bin Mat Jusoh, (Timbalan Pengarah Penjara Seremban) dan juga TPP Mohd Nazeff bin Mohd Mazelan.  Majlis berakhir jam 12.00 tengahari.