| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja TKJP Abd Kadir bin Hj Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan)

8 hingga 9 Oktober 2021 - Lawatan Kerja TKJP. Abd Kadir bin Rais, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pengurusan) ke Penjara Puncak Borneo pada 8 Oktober 2021 bagi memantau dan memeriksa perolehan tahun 2020 dan tahun 2021 di Bengkel Songket SaraPride, pemantauan Dental Chair di Klinik Penjara Puncak Borneo, Bengkel Jahit serta Bengkel Pastry dan juga melawat ke Sekolah Henry Gurney bagi memantau perolehan alat bantuan mengajar.

Seterusnya TKJP. Abd Kadir bin Rais menghadiri Mesyuarat Projek Warisan Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) - Penjara Puncak Borneo Bil.1/2021 bertempat di Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan). Turut hadir KP Haji Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo.

Pada 9 Oktober 2021, turut diadakan lawatan kerja bagi memantau projek dan perolehan di Penjara Pusat Sri Aman melibatkan projek perumahan kakitangan, Pusat Transit Penerimaan (PTP), lawatan ke Blok Penempatan dan Dapur Banduan. Turut hadir TKP Mohamad Rosidek bin Musa, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Yahir bin Sait, Pengarah Penjara Pusat Sri Aman dan PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo.