| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Saringan Mobile X-RAY Saringan TIBI Penghuni Penjara Bentong

Pada 4 dan 5 Oktober 2021 , Penjara Bentong, Pahang dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bentong telah menjalankan Program Saringan Mobile X-RAY di kalangan penghuni Penjara Bentong. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membuat saringan awal kepada penghuni yang berisiko tinggi mendapat penyakit TIBI. Seramai 338 orang penghuni telah disaring dalam program ini. Program ini dijalankan selaras dengan objektif di dalam garis panduan kawalan TIBI di Penjara iaitu untuk memperkukuhkan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit TIBI di institusi Penjara Malaysia.