| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Kuliah Maghrib - Malam Cinta Rasul Saw Peringkat Kakitangan Penjara Simpang Renggam Tahun 1443H / 2021M

Majlis ini dilaksanakan bersempena kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Ianya diadakan pada 17 November 2021 bersamaan 12 Rabiulakhir 1443H dan jatuh pada hari Rabu. Majlis yang diadakan di Surau Ar-Raudah Penjara Simpang Renggam ini dimulakan pada jam 6.30 petang dengan alunan selawat, qasidah dan selawat kamilah/tafrijiah. Majlis diserikan dengan kehadiran TKP Meor Azizi Sapawi bin Hj. Ahmad Sepuan, Pengarah Penjara Simpang Renggam. Hadir sama, Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam merangkap Pengerusi Surau Ar-Raudah iaitu PKP Hasrul Anwar bin Hasim dan Timbalan Pengarah Penjara Kluang, PKP Helmi b Abd. Zamani. Wakil – wakil dari Pusat Koreksional Johor Bahru, Pusat Koreksional Muar dan PRP Padang Hijau turut sama menyerikan majlis. Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Sahibul Fadhilah As-Syeikh Hj. Sabaruddin bin Isnin, Kadi Daerah Kluang. Seramai 100 orang dari kalangan kakitangan, anggota, dan PERSIAP dari Penjara Simpang Renggam telah menghadiri majlis ini. Majlis mengikut pematuhan SOP semasa yang telah di tetapkan oleh Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 4 dan Jabatan.