| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Malam Tautan Kasih Perpisahan, Persaraan Kakitangan Peringkat Institusi Penjara Simpang Renggam, Johor

Pada 13 November  2021 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan Majlis Makan Malam Perpisahan, Persaraan Kakitangan Penjara Simpang Renggam bertemakan Malam Tautan Kasih.  Majlis dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Hj Abd Wahab Bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Simpang Renggam, TKP Meor Azizi Sapawi Bin Hj. Ahmad Sepuan, Timbalan Pengarah PKP Hasrul Anwar Bin Hasim dan tetamu yang diraikan. Majlis bermula pada jam 08.30 Malam dengan bacaan doa,  jamuan makan, persembahan kumpulan band Penjara Simpang Renggam ‘Prison Stone’, penyampaian cenderahati, ucapan Pengarah Penjara Simpang Renggam dan seterusnya ucapan wakil Pegawai yang diraikan. Majlis tamat pada jam 10.30 malam. Majlis pada malam itu berjalan dengan pematuhan terhadap Prodesur Operasi Standard (SOP) semasa yang telah di tetapkan selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 4.