| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Bowling Antara Anggota Penjara Dan Rela

Pada 29 November 2021 – Bagi mengeratkan lagi kerjasama antara anggota penjara dan RELA, satu pertandingan bowling telah berlangsung di Ole Ole Superbowl Kulim. Seramai 33 anggota daripada penjara dan RELA telah menyertai pertandingan yang diadakan. Komandan Penjara Satelit Kulim, Kedah Timbalan Penguasa Penjara Azman bin Husain, Timbalan Komandan Penjara Satelit Kulim, Kedah Timbalan Penguasa Penjara Aizuddin bin Ismail dan  Pegawai RELA Daerah Kulim PPjR Abdul Aziz bin Abdullah turut menyertai bagi menjayakan lagi pertandingan tersebut. Program tersebut telah dirasmikan oleh Komandan Penjara Satelit Kulim, Kedah Timbalan Penguasa Penjara Azman bin Husain.