| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kursus Asas Pengendalian Dan Penyelengaraan Jentera (Traktor) Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

08 Disember 2021 (Rabu) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah mengadakan Kursus Pengendalian dan Penyelenggaraan Jentera (Traktor) yang melibatkan seramai (5) orang kakitangan yang bertugas di bawah Unit Vokasional & Industri Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Turut hadir TPP Ahmad Arifuddin Bin Ahmad Timbalan Penguasa Penjara IPDJ, Puan Norpadilah Binti Nordin Penolong Pegawai Pertanian Daerah Jelebu, Encik Noor Fahmi Bin Rashik Penolong Pegawai Pertanian Pusat Kejuruteraan Rembau Negeri Sembilan, IP Zakaria Bin Mamat Ketua Unit Vokasional dan Industri IPDJ serta SP Haizad Bin Nordin Penolong Ketua Unit Vokasional dan Industri IPDJ. Seramai (9) orang kakitangan daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan telah hadir mengendalikan kursus asas ini bagi memberi pendedahan untuk mengendalikan jentera dengan betul dan selamat terhadap kakitangan daripada Unit Vokasional dan Industri Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.