| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Bentong 2021

Pada 15 Disember 2021 (Rabu), Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Bentong telah mengadakan kejohanan Futsal Piala Pengarah Penjara Bentong yang bertempat di Kompleks Sukan Feldajaya Mempaga. Tujuan pertandingan futsal ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dan hubungan persaudaraan sesama kakitangan Penjara Sungai Petani disamping meningkatkan kecergasan dan kesihatan kakitangan. Sebanyak 8 kumpulan menyertai kejohanan ini yang telah dibahagikan mengikut unit unit di penjara bentong. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh PP Mohd Zulkifli Bin Zakaria dan turut hadir TPP Mohamad Hasnor Bin Abd Hamid dan TPP Khalid Bin Mohamad Yusoff . Pada tahun ini Unit Vokasional industri bersama Unit Sajian telah menjuarai kejohanan ini.