| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Jasamu Dikenang Bakti Disanjung Budi Dijunjung Penjara Seberang Perai Tahun 2020

Pada 10 Mac 2020(Selasa) bertempat di Iconic Hotel Penang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang jam 8.30 malam telah diadakan Majlis Jasamu DiKenang, Bakti DiSanjung Budi Di Junjung bagi meraikan Pegawai Kanan bersara dan berpindah. Antara tetamu VIP yang hadir bagi memeriahkan majlis adalah TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Hj. Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Seberang Perai Dan PKP Tey Hock Soon, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Puan Azalina binti Abdul Rahman, Pengerusi PERSIAP Penjara Seberang Perai. Program yang diadakan adalah cabutan bertuah, ucapan Pegawai bersara dan berpindah, ucapan Pengarah Penjara Seberang Perai, persembahan video bingkisan kenangan Pegawai bersara dan berpindah, cenderamata penghargaan sumbangan Kelab Pegawai Kanan, Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan dan PERSIAP serta diakhiri dengan persembahan karaoke santai.