| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Sayangi Diri Dan Keluarga Anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling SIKK Dan Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu 2020

Pada 11 Mac 2020 Bersamaan Hari (Rabu), bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Program Sayangi Diri Dan Keluarga anjuran Unit Bimbingan Dan Kaunseling SIKK bersama Unit Pemulihan Dan Rawatan. Seramai 104 penghuni yang terlibat, 54 penghuni dari SIKK, 25 penghuni dari Blok Ehsan dan 25 penghuni dari Blok Cemerlang. Agensi yang terlibat dalam program ini adalah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kota Kinabalu. Ceramah yang berkaitan dengan penyalahgunaan Dadah telah disampaikan oleh Encik Arfizan Bin Abdul Majid. Objektif program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang kesan buruk penyalahgunaan Dadah terhadap diri sendiri, masyarakat dan negara.