| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sanitasi Awam Oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Serta Majlis Daerah Bahagian Limbang Di Penjara Limbang, Sarawak

Pada 13 Mei 2020 (Rabu) telah diadakan Proses Sanitasi Awam oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Limbang serta Majlis Daerah Limbang. Proses sanitasi bermula pada jam 09.00 pagi dengan taklimat ringkas daripada Jabatan Bomba berkaitan langkah-langkah dan Proses Sanitasi yang betul. Antara kawasan yang disanitasi adalah Balai Pengawal, Kuaters Kakitangan, TASKA Sinar Permata, Dewan Gemilang, Bangunan Stor, Pejabat Pentadbiran, Pintu Utama, Dapur Banduan serta Blok Cekal (Kuarantin). Proses sanitasi berakhir pada jam 11.30 pagi diikuti sesi penyampaian cenderahati kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Limbang serta Majlis Daerah Limbang.