| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Ziarah Sahabat Penjara Dan Bantuan Musaadah Covid-19 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (HAL Ehwal Agama) Seremban

Pada 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadan 1441 Hijrah, Penjara Seremban telah menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, bersempena program Ziarah Sahabat Penjara Dan Bantuan Musaadah Covid-19 Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Program ini turut dihadiri oleh; Timbalan Komisioner Jeneral Penjara Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pemasyarakatan), Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh ? Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Pengarah-Pengarah Bahagian IPPM, Pengarah Penjara Negeri Sembilan, wakil daripada YaPEIM, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan kakitangan Penjara Negeri Sembilan.

Pada sesi pertama yang diadakan di Dataran Penerimaan Penjara Seremban, YB Menteri bersama-sama menyaksikan penyampaian sumbangan, daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) kepada Petugas Barisan Hadapan B40 di Penjara Negeri Sembilan, dan sumbangan daripada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) kepada penghuni penjara yang telah membantu menyiapkan PPE untuk Petugas Barisan Hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seterusnya, YB Menteri dan rombongan ziarah menuju ke Surau Al-Ikhlas Penjara Seremban untuk sesi tazkirah ringkas bersama penghuni penjara. Satu sidang media telah diadakan sebelum YB Menteri beredar meninggalkan majlis.