Majlis berbuka puasa ini turut dimeriahkan dengan kehadiran TKPj Jamaludin Bin Saad, Pengarah Penjara/ PPA Simpang Renggam, PKP Nik Mohamad Faidza Bin Nik Jaafar, PP Azman Bin Mohd. Ali, PP Che Kob Bin Mohd. Noor dan pegawai kanan serta anggota Runding Cara. Majlis bermula pada jam 5.30 petang dengan dimulai dengan Tahlil ringkas diikuti khatam Al-Quran oleh seramai 30 tahanan penyampaian. Penyampaian cenderamata kepada tahanan turut disempurnakan telah oleh TKPj. Jamaludin Bin Saad.
Antara juadah yang disediakan termasuklah nasi beryani, ayam masak kurma, kuih-muih dan kurma sebagai pembuka selera juadah berbuka puasa. Majlis bersurai pada kira-kira jam 7.45 petang dan kegembiraan jelas terpancar di wajah penghuni di sini kerana berpeluang berbuka puasa dalam suasana yang agak meriah walaupun menjalani tempoh tahanan di PPA Simpang Renggam.