Dalam ucapan Yg. Berhormat En. Mohammad Zahir Bin Dato' Mohd Khalid menyeru kepada kakitangan supaya menggunakan sumbangan yang diberikan secara optimum dan sangat berpuashati dengan kerjasama pentadbiran Penjara Taiping dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan. Beliau juga berharap jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang akan diteruskan. Yg. Berhormat En. Mohammad Zahir Bin Dato' Mohd Khalid seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan komputer dan modem dari pihak Celcom kepada PKK Tan Tian Heng,Pengarah Penjara Taiping, Majlis diakhiri dengan membawa para tetamu jemputan ke makmal komputer yang dan diikuti dengan jamuan ringan.