Turut hadir dalam majlis tersebut En Semawi Zakaria, Pegawai Perunding dari Malaysia Productivity Corporation (MPC), Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian serta seluruh warga IPPM. Ceramah kesedaran berkaitan 5S juga turut disampaikan oleh En. Semawi Zakaria.
Diharapkan dengan majlis yang diadakan tersebut akan memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh warga IPPM berkaitan pelaksanaan Sistem Amalan 5S serta seluruh warga IPPM berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pensijilan Amalan 5S dalam tempoh terdekat.