| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Penanaman Pokok Anjuran Bersama Majlis Perbandaran Padawan Dan Jabatan Penjara Malaysia, JKKK Kampung Asah Dan JKKK Kampung Bratan

Kuching -  14 Disember 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo telah diadakan Program Penanaman Pokok anjuran bersama Majlis Perbandaran Padawan dan Jabatan Penjara Malaysia, JKKK Kampung Asah Dan JKKK Kampung Bratan. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Munded Anak Banat, Kaunselor Majlis Perbandaran Padawan selaku Pengerusi Pengelola program tersebut. Turut hadir ialah PP Nazri Bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak,  Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo PP Kalbin Bin Mohd. Said serta kakitangan dan juga pegawai-pegawai penjara dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak dan Penjara Puncak Borneo. Dalam program ini juga telah diadakan Pertandingan Futsal kategori lelaki dan wanita dimana kategori lelaki telah dimenangi oleh Jabatan Penjara Malaysia dan ketegori wanita pula telah dimenangi oleh pasukan Belia Wanita Kampung Bratan. Selain itu acara untuk kanak-kanak juga dipertandingkan iaitu sukaneka dan juga pertandingan mewarna.

 

""