| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Cuti Sekolah Para Pelajar  Sekolah Integriti Penjara Kajang Bersama Pelajar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajang- Para pelajar sarjana dan Phd. dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Penjara Kajang telah mengadakan Program Masih Ada Yang Sayang bertempat di Sekolah Integriti Penjara Kajang pada 30 Nov. sehingga 1 Disember 2013. Program ini adalah manifestasi kepada konsep teori dan praktis Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM dalam memberi khidmat komuniti kepada penghuni di Jabatan Penjara Malaysia. Terjemahan program adalah berbentuk pembangunan emosi dan kognitif bagi memperkukuhkan ketahanan diri penghuni menghadapi alam realiti semasa dan selepas dibebaskan daripada penjara. Pelaksanaan aktiviti melalui kumpulan-kumpulan kecil lebih memberi impak yang signifikan dalam memberi asakan minda bagi meningkatkan daya tahan kendiri penghuni. Selain itu program ini juga bertujuan  mewujudkan hubungan mesra di antara Pusat Pengajian Psikologi UKM dengan pihak Jabatan Penjara Malaysia.


Pihak UKM juga telah menyerahkan 100 borang keahlian sukarelawan koreksional kepada pihak pengurusan Penjara Kajang. Keahlian ini terdiri daripada tenaga akademik dan para pelajar sarjana dan Phd. Pusat Pengajian Psikologi UKM. Antara ahli akademik UKM yang menyertai Sukarelawan Koreksional adalah ;


Majlis perasmian program telah dihadiri oleh PP Ranjit Singh mewakili Pengarah Penjara Kajang manakala majlis penutupan dan refleksi keseluruhan program disempurnakan oleh Dr. Salina Nen daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kehadiran TPP Ahmad Jalal mewakili Pengarah Penjara Kajang. Semoga jambatan kerjasama yang diusahakan ini akan diperkukuhkan lagi pada masa-masa yang akan datang.


Ahli Akademik

Kepakaran

Prof. Madya Dr. Asmawati Desa

Psychopharmacology, Drugs and Behavior

Prof Madya Dr. Rozainee Khairuddin

Cognitive Psychology, Cognitive Science,  Cognitive Neoroscience

Dr. Nasrudin Subhi

Psychology Counseling, Sexuality, Resilience, Qualitative Study

Dr. Salina binti Nen

Psychology Counseling, Sexual Abuse, Child Sexual Abuse, High Risk Children and Adolescent

Dr. Fauziah Ibrahim

Community and Social Development, Drugs Prevention and Rehabilitation

Dr. Nor Ba?yah Abdul Kadir

Depression, Attachment and Subjective Well Being

Dr. Mohd. Suhaimi bin Mohamad

 

Mental Health, Social Work and Family, Community Social Work

Dr. Norulhuda Sarnon @ Ku Senin 

Developmental Psychology, Harm Reduction, Social Welfare, Individual Social Work

 

""