Pada 6.2.2013, seramai 30 orang peserta Kursus Pengiringan dan Kawalan Keselamatan ODS Bersama 6 anggota penyelaras kursus dari Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajudin, Gemas Negeri Sembilan. Tujuan lawatan adalah untuk melihat aktiviti dan kawalan keselamatan ODS serta mengeratkan hubngan silaturahim sesame anggota.
Pada sebelah pagi, sesi taklimat telah disampaikan oleh TPP Wan Rosli bin Dollah (PYM PPP Gemas) dan rombongan lawatan melawat ke blok penempatan ODS, Pertanian dan Perikanan.
Setelah itu, peserta kursus menjamu makan tengahari dan diiringi nyanyian nasyid yang disampaikan oleh ODS Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Gemas.