| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Maulidurrasul  Peringkat Penghuni Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad

Jumaat, 1 Febuari 2013, Unit Program Pemulihan Insan Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad telah menganjurkan program Maulidur Rasul peringkat penghuni melibatkan 45 banduan Islam. Majlis turut dihadiri oleh PPP A. Rahim Bin Abu Bakar, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad. Program dimulakan dengan perarakan melibatkan penghuni dan kakitangan bermula di perkarangan Pejabat Rekod dan berakhir di surau banduan. Antara pengisian program ialah ceramah oleh yang berbahagia Al Fadhil Ust. Amirrudin Bin Abd Latif Yang bertajuk 'Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah' dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari penghuni bersama kakitangan dan penceramah.

 

""