Pada 04 Julai 2013 bertempat di Dewan PPI, Penjara Pusat Sibu telah diadakan ceramah ambang Ramadhan peringkat penghuni Penjara Pusat Sibu. Ceramah ini diadakan sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini. Objektif program adalah untuk mempersiapkan diri banduan tentang pentingnya kewajipan puasa dan mengetahui kelebihan-kelebihan yang ada dalam bulan ramadhan tersebut disamping kewajipan untuk berzakat bagi yang berkemampuan. Seramai 60 orang banduan muslim telah dipilih untuk menghadiri ceramah tersebut. Ceramah kali ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zulhazmi Bin Bohari pegawai daripada Tabung Baitulmal Cawangan Sri Aman. Antara pegawai yang hadir dalam program tersebut ialah pegawai agama serta beberapa orang pegawai dari PPI.