| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

'Team Building'  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Sprm  Zon Selatan) Bersama Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad

Selasa, 4 JUN 2013, Penjara Pra Bebas Dusun Dato? Murad Air Keroh, Melaka ( Penjara DDM ) telah berlangsungnya perlawanan persahabatan sukan di antara dua jabatan persekutuan di Melaka iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM Zon Selatan ) dan Penjara DDM.
 Program ini merupakan sahutan daripada SPRM Zon Selatan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama di antara dua jabatan persekutuan ini. 


Acara yang dipertandingkan termasuklah bola sepak, sepak takraw, ping pong, bola tampar dan bola jaring. Keputusan perlawanan ini menyaksikan Penjara DDM memenangi tiga daripada lima acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak (4-1), ping pong dan takraw manakala acara selebihnya dimenangi oleh pihak pelawat.


Pertandingan ini diserikan dengan kehadiran dan sokongan daripada Pengarah SPRM Zon Selatan KPKPj Hasan Bin Yahya dan Timbalan Pengarah DDM TPP Mohamed Bin Ali sebagai mewakili Ketua Institusi DDM.

 

""