| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pelancaran Program Penanaman Sejuta Pokok Sukarelawan Skuad Muda KDN Jabatan Penjara Malaysia  Dan Taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam Di PULAPEN Marang, Terengganu

Malaysia oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Taklimat Perkhidmatan Kakitangan Awam oleh Y. Bhg Dato' Yeow Chin Kiong Pengarah Bhg. Pasca Perkhidmatan ( Pencen ) , Jabatan Perkhidmatan Awam telah diadakan di dewan  PULAPEN Marang Terengganu melibatkan kakitangan Penjara Marang, kakitangan Parol Negeri Terengganu, Skuad Muda KDN dan Sukarelawan Koreksional. Lawatan Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar di mulakan dengan  penyerahan Cek Pencen Terbitan kepada Pn. Senik Bt. Ali balu kepada Wader Penjara bil 229 Allahyarham Said Bin Talib yang telah pencen pada tahun 1966.Cek ini disampaikan oleh Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y. Bhg Dato' Yeow Chin Kiong Pengarah Bhg. Pasca Perkhidmatan ( Pencen ), Jabatan Perkhidmatan Awam di rumah beliau di Kg. Merbau Patah Kuala Terengganu. Y.Bhg KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar dan Y. Bhg Dato' Yeow Chin Kiong juga telah melawat Bengkel Songket dan tanaman tembikai berskala besar di Projek Latiff. Turut serta Pengarah Dasar Kepenjaraan Y.Bhg KPj Dato' Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan dan Ketua Seksyen Dasar Kepenjaraan TKPj Supri Bin Hashim.

 

""