| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Bertarikh 13 Mei 2013, bertempat di Dataran Setia Blok Wanita, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan telah berlangsung Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa antara PKP Husin bin Haji Johari dan PKK Hj. Zawari bin Abd. Rashid. Majlis turut diserikan dengan kehadiran TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Penjara Bentong yang hadir selaku saksi terhadap upacara tersebut.


Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan ketibaan PKK Hj. Zawari bin Abd. Rashid dan menerima kawalan hormat dari pasukan kawalan suku. Pada jam 8.45 pagi, saksi upacara iaitu TKPj Abdul Aziz bin Abdul Razak hadir dan disusuli oleh ketibaan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa, PKP Husin bin Haji Johari pada jam 8.55 pagi dan memeriksa kawalan hormat sebelum menandatangan dokumen penyerahan dan penerimaan tugas Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.

 

""