Pada 14 Februari 2014 ( Jumaat ), bermula jam 10.00 malam pasukan Unit Keselamatan Penjara S.Perai memulakan aktiviti jalan lasak sejauh 21 km melalui Kem PLKN Relau seterusnya ke Sungai Baung , Changkat Dain dan kembali ke Penjara Seberang Perai. pada jam 2.30 pagi 15 Februari 2014. Seramai 30 anggota UKP terlibat dalam latihan Jalan lasak ini bertujuan menguji dan meningkatkan tahap mental dan fizikal dan memupuk semangat pasukan.