Pada 21 Januari 2014 bertempat di padang bola sepak penghuni Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 H Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena bagi tahun 2014.
Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi telah di sempurnakan perasmiannya oleh TKPj Hj Kushairi Bin Manap, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah . Aturcara majlis dimulakan dengan Perarakan Maulidur Rasul , bacaan doa, persembahan nasyid oleh penghuni serta Ceramah Maulidur Rasul oleh Yang Berbahagia Ustaz Husam Bin Dato' Sheikh Baderudin Pegawai Agama Islam negeri Kedah.