| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach  Bersama  Dato' Alwi Bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri

Pada 17 Disember 2013, bertempat di Audiotarium Aman Pura (PKNK) Sungai Petani, Kedah, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Kedah dan Negeri Zon Utara telah menganjurkan "Program Outreach bersama Dato' Alwi bin Haji Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri.  Turut hadir Timbalan Komisioner Jeneral Dato' Haji Hassan bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Pengerusi dan Anggota Lembaga Parol Kementerian Dalam Negeri (KDN), Timbalan Komisioner Abdul Aziz bin Mohamad, Pengarah Parol dan Perkhidmtan Komuniti Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), Pengarah Institusi Zon Utara, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Kedah.  Seramai 450 tetamu terdiri daripada pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia, masyarakat setempat, majikan, ODP dan pesalah PKW turut hadir bersama dalam majlis ini. Program ini bertujuan untuk mendekati komuniti, ODP, keluarga ODP, bekas ODP yang telah berjaya kembali ke pangkuan masyarakat, Badan Bukan Kerajaan (NGO), majikan dan juga agensi kerajaan berkaitan yang telah banyak terlibat  dalam program intervensi semasa ODP menjalani perintah Parol. Dato' Alwi bin Haji Ibrahim turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 15 penerima yang terdiri daripada majikan, NGO dan bekas ODP yang berjaya.

 

""