22/7/2014, Program Berbuka Puasa yang melibatkan penghuni penjara bersama pihak keluarga masing-masing telah diadakan di Penjara Sungai Buloh. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada wakil pengurusan iaitu PP Raja Nazril Azman b. Raja Azam Iskandar disusuli dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh penghuni penjara. Majlis diakhiri dengan sembahyang Mahgrib bersama dan selesai pada pukul 8.15 malam.