| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

12 Julai 2014, Majlis Berbuka Puasa Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah diadakan bertempat di Dewan Alamanda, PPA Machang. Tetamu jemputan yang  hadir di majlis tersebut adalah YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YB Dato' Haji Ahmad Jazlan Bin Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Machang, Ahli-Ahli Lembaga Hakim Pelawat , para pesara, Kakitangan dari Penjara Pengkalan Chepa, Parol Negeri Kelantan dan Pusat Pemasyarakatan Banduan, Kem Desa Pahlawan serta kakitangan dan keluarga Pusat Pemulihan Akhlak Machang.Penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dari Asrama Bakti Machang telah disempurnakan  oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, YB Dato? Haji Ahmad Jazlan Bin Haji Yaakub, Ahli Parlimen Machang  dan PKK Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Seramai (30) orang anak yatim dari Asrama Bakti Machang telah diraikan dalam majlis tersebut.

 

""