| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Pemakaian Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal &Sarjan Zon Sarawak

29 Mei 2014, Majlis Pemakaian Pangkat Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Koperal dan Sarjan Zon Sarawak telah diadakan di Auditorium Sri Sarawak, Ibu Pejabat Penjara Sarawak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Majlis juga turut dihadiri  YBhg. Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Pengurusan), TKPj Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak dan Agensi-agensi Kementerian Dalam Negeri, Negeri Sarawak dan juga isteri kepada mendiang Wader Penjara Bil. 15377 Melton Jann anak Dunggau. Seramai 150 pegawai penjara daripada seluruh institusi Penjara Negeri Sarawak menerima kenaikan pangkat pada majlis tersebut.

 

""