| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pembentukan Sahsiah Kendiri Orang DiParol, Pesalah PKW Dan Penghuni Rumah Perantaraan Negeri Perlis  Anjuran Parol Negeri Perlis

06 Mac 2014, Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Perlis telah menganjurkan Program Pembentukan Sahsiah Kendiri  bersama  Orang diParol, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan bertempat di Rumah Perantaraan Negeri Perlis. Program dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlisini  telah dirasmikan oleh Pengarah Parol Negeri Perlis.


Antara pengisian program ialah ceramah motivasi dan sesi kaunseling  berkelompok yang  dikendalikan  oleh  kaunselor  dari LPPKN Negeri Perlis. Pada program ini juga, pihak LPPKN Perlis telah  memberikan komitmen mereka  untuk  menjalinkan kerjasama berterusan dengan  mengadakan sesi kaunseling  berkelompok  secara  berjadual  kepada ODP, Pesalah PKW dan Penghuni Rumah Perantaraan dengan bantuan kaunselor dari LPPKN.

 

""