| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Badminton Jemputan  Piala Pengarah PPA Muar Kali Ke-8 2014

Pada 19 hingga 21 April 2014 telah berlangsung Kejohanan Badminton Piala Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar kali ke 8  di Gelanggang APACS, Muar Johor. Kejohanan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua jabatan kerajaan dan swasta sekitar daerah Muar dan Ledang serta orang awam. Kejohanan ini juga telah disertai oleh institusi penjara iaitu Penjara Sungai Buloh, Sekolah Henry Gurney  dan  Penjara Seremban.


Majlis perasmian penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah PPA Muar iaitu PKP Ahmad Zaini Bin Abu Hasan. Matlamat kejohanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Jabatan Penjara Malaysia dengan jabatan lain serta orang awam. Ianya juga menepati  konsep "Penjara Sejahtera" yang diperkenalkan oleh Jabatan Penjara Malaysia. Disamping itu juga kejohanan ini juga dapat mencungkil bakat- bakat baru dikalangan belia di sekitar Daerah Muar serta melahirkan kakitangan dan orang awam yang  seimbang dari segi  jasmani, rohani dan emosi. Kejohanan ini juga telah mendapat kerjasama daripada APACS sport Sdn. Bhd.

 

""