| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Larian Hari Malaysia  Maksak 2014

Tanggal 6 September 2014 (Sabtu)  telah berlangsung acara Larian Hari Malaysia  Maksak 2014 bertempat di Putrajaya. Kontinjen Jabatan Penjara telah menghantar  seramai 60 anggota dan telah menyertai acara larian tersebut yang dipecahkan dalam 6 kategori. Acara pelepasan telah dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Dr. Ali Hamsa bermula pada jam 7.30 pagi. Secara keseluruhannya, kontinjen Jabatan Penjara telah berjaya menamatkan larian dalam setiap kategori yang disertai. Adalah diharapkan acara seperti ini akan dapat disertai oleh lebih ramai lagi anggota Jabatan Penjara dan seterusnya dapat membudayakan amalan gaya hidup sihat.

 

""