| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Serah Dan Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sibu

Pada 16 Februari 2015 telah berlangsungnya Majlis Serah & Terima Tugas Pengarah Penjara Pusat Sibu diantara PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim dengan PP Mohamad Jusoh Bin Ismail. Majlis diserikan dengan kehadiran TKPj. Abd Kadir Bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak sebagai saksi bagi upacara serah & terima tugas tersebut. Majlis telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim. Diikuti dengan majlis menandatangani dokumen serah & terima tugas dan penyerahan tongkat kuasa kepada PP Mohd Jusoh Bin Ismail sebagai Pemangku Pengarah Penjara Pusat Sibu. PKP Hj Mohd Farid Bin Hj Kassim akan meneruskan khidmat beliau di Penjara Sg. Buloh dan beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau menerajui pimpinannya di Penjara Pusat Sibu.

 

""