| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Hari Wesak, Pesta Kaamatan  Serta Hari Ibu Dan Bapa Penghuni Penjara Wanita, Kota Kinabalu

Majlis jalinan kasih banduan merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan dalam Program Pemulihan Penghuni, Jabatan Penjara Malaysia.  Antara objektif program Jalinan Kasih ialah memberi peluang kepada penghuni mengeratkan dan menjalinkan hubungan kekeluargaan di kalangan penghuni serta ahli keluarga, menyedarkan semua penghuni maupun keluarga bahawa hubungan kekeluargaan amatlah penting dalam memulihkan penghuni serta mewujudkan kelompok masyarakat yang harmoni dan seterusnya memulihkan penghuni untuk meningkatkan jati diri  serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak.


Pada 9 Jun 2015 majlis jalinan kasih sempena Hari Wesak, Pesta Kaamatan serta Hari ibu dan bapa bagi Penghuni Penjara Wanita, Kota Kinabalu telah diadakan bertempat di Family Hall, Penjara Wanita, Kota Kinabalu. Majlis ini bermula pada jam 08:00 pagi.  Institusi Penjara Wanita Kota Kinabalu telah menjemput Ybhg Datuk Francis Yap daripada wakil Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) untuk hadir bersama merayakan Jalinan kasih tersebut. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Wanita, Kota Kinabalu PKP Puan Nora Binti Musa. Seramai 15 keluarga hadir untuk merayakan jalinan kasih sempena majlis tersebut.


Antara  aktiviti yang dijalankan ialah persembahan tarian penghuni, persembahan koir dan persembahan khas penghuni bersama ahli keluarga. Cenderhati berupa hasil produk keluaran bengkel pastri telah di berikan kepada ahli keluarga yang memberi kerjasama yang menggalakkan dalam persembahan tersebut.

 

 

""