| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina  2015 Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Isnin, 23 Februari 2015 bersamaan 4 Jamadilawal 1436H - Seksyen Pemulihan & Rawatan, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Jalinan Kasih Perjumpaan Bersemuka Sempena Sambutan Tahun Baru Cina bertempat di Kantin Dalam, Pusat Koreksional Jasin, Melaka.
 Seramai 7 orang penghuni berbangsa Cina telah diraikan dalam program ini dimana daripada 7 penghuni, hanya 4 keluarga penghuni yang turut serta dalam majlis tersebut. Beberapa penghuni lain dari bangsa Melayu, India serta Orang Asli turut memeriahkan program ini, selaras dengan konsep 1 Malaysia.


Program Jalinan Kasih ini turut diserikan dengan kehadiran PP Arzaee Bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin, TPP Mohd. Saizi Bin Ibrahim, Ketua Bahagian Keselamatan dan TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan.


Menerusi pendekatan program ini, ianya diharapkan dapat memberi kesempatan dan juga  peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.

 

""