| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Larian Hari Malaysia MAKSAK  2015

Majlis Sukan Penjara Malaysia telah menghantar seramai 50 orang peserta yang diwakili oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Penjara Kajang, Maktab Penjara dan Penjara Wanita Kajang bagi menyertai Larian Hari Malaysia MAKSAK 2015 yang telah diadakan pada 5 September 2015 (Sabtu) di Presint 3, Putrajaya. Acara pelepasan peserta telah dilakukan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa, Ketua Setiausaha Negara dan turut disertai oleh YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara merangkap Naib Yang Dipertua Maksak Malaysia. Penyertaan oleh Jabatan Penjara secara tidak langsung telah berjaya mencapai objektif penganjuran dalam usaha untuk menyerlahkan semangat cintakan negara dan perpaduan melalui sukan.

 

""