Pada 25 Ogos 2015 (Selasa), Unit Pemulihan & Rawatan, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Program Ekspresi Merdeka 2015 peringkat penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Program tersebut melibatkan pegawai, kakitangan dan 160 orang penghuni. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah pertandingan kawad, deklamasi sajak dan dekorasi gerai tema "Merdeka Raya" yang dibahagikan kepada 5 kumpulan. Program tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu, TPP Fauziah binti Husain dan Pegawai-Pegawai Kanan. Kemuncak program adalah penyampaian hadiah pertandingan dan diselitkan juga sumbangan ?hamper? kepada Saudara Baru sempena Hari Raya Aidilfitri. Program Ekspresi Merdeka 2015 diakhiri dengan nyanyian beramai-ramai lagu "Sehati Sejiwa dan ?Tanggal 31".