| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Ihtifal  Kesenian Islam Kali Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Sarawak Tahun 2016

Pada 06 - 09 April 2016, Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Ihtifal  Kesenian Islam Kali Ke-6 Peringkat Penghuni Penjara Sarawak Tahun 2016. Majlis tersebut melibatkan seramai 54 orang penghuni daripada seluruh Penjara Negeri Sarawak. Antara pertandingan yang diadakan adalah Tilawah Al-Quran, Hafazan Tahap I, II & III, Nasyid serta Marhaban. Majlis yang bertemakan "Cintai Al-Quran" bertujuan untuk menghayati intisari pengajaran yang dibawakan oleh Al-Quran supaya dapat dijadikan panduan hidup penghuni demi kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran TKP Ajidin Bin Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ketua-Ketua Institusi Penjara Negeri Sarawak, wakil jabatan kerajaan Sarawak, dan Ketua Kampung berdekatan Pusat Koreksional Bintulu. Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian penutup oleh TKP Ajidin Bin Salleh dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan hadiah kepada hakim dan para pemenang.


""